Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat jua kali ke-2 bagi perjumpaan unit beruniform bagi tahun 2015 ini. Sepertimana yang telah dirancang, perjumpaan kali ke-2 ini, aktiviti ikatan akan diteruskan walaupun tugasan telah diberikan seminggu awal. Namun, disebabkan ramai murid yang tidak dapat melunaskan tugasan itu pada waktu yang ditetapkan dengan pelbagai masalah dan alasan, sebagai guru penasihat dan ingin memastikan semua murid dapat menghasilkan ikatan sendiri, perjumpaan ini dapat memberi ruang kepada murid-murid menyelesaikan tugasan ikatan tersebut.
Tepat jam 3.35 petang, bertarikh 22 April 2015, bertempat di kantin perempuan, perjumpaan telah dimulakan dengan sesi pembacaan umul quran Al-Fatihah dan seterusnya lafaz ikrar PPIM yang diketuai oleh Wardina Sofiyya, Pengerusi PPIM. Selepas itu, semua murid mendendangkan lagu PPIM dengan rancak dan bersemangat. Penerangan daripada guru penasihat iaitu Puan Munarizan binti Muin pula menyusul dengan memberi penerangan berkaitan tentang ikatan dan sesi penilaian individu akan dibuat sepertimana penilaian yang telah dilakukan ke atas setiap buku log.
Jam 4.30 petang, sesi perjumpaan selesai dan di akhiri dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
Sesi bacaan ikrar
Sesi menyanyikan Lagu Puteri
Bersedia mendengar taklimat daripada guru penasihat
Puan Munarizan, selaku guru penasihat memberi penerangan berkaitan dengan Ikatan
Muri-murid tekun mendengar penerangan daripada Puan Munarizan
Contoh hasil kerja murid
Guru penasihat, Ustazah Nik Norhasliza tidak ketinggalan untuk sama-sama mencuba Ikatan
Sesi perbincangan kumpulan untuk menyiapkan Ikatan
Tunjuk cara daripada rakan sekumpulan
Khairul Huda menunjukkan BUKU LOG yang telah disiapkan
Irsalina Adinda juga turut mempamerkan hasil BUKU LOG
Contoh BUKU LOG PUTERI ISLAM yang telah disiapkan
Guru Penasihat yang hadir : Puan Nik Norhasliza, Puan Najlaa, Puan Maisarah dan Puan Munarizan
No comments:
Post a Comment