Alhamdulillah...syukur, perjalanan program kokurikulum bagi unit beruniform bergerak selangkah lagi dengan merancang PERKHEMAHAN BERSEPADU KOKURIKULUM antara Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam Tingkatan 1.
Sebagai jawatankuasa pelaksana, sebagai guru yang membantu Encik Hawari bin Wanik, KERTAS KERJA CADANGAN bagi perkhemahan tersebut telahpun disediakan.
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM
UNIT KOKURIKULUM
MAAHAD AL-UMMAH
31200 CHEMOR, PERAK
RASIONAL
- Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.
- Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.
- Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juangdan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
- Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakanbangsa dan negara.
KUMPULAN SASAR
Pelajar tingkatan 1 yang terpilih iaitu seramai 20 orang ahli Kadet Remaja Sekolah dan 20 orang Puteri Islam, 8 orang fasilitator dan 4 orang guru pemimpin Kadet Remaja Sekolah dan4 orang guru pemimpin Puteri Islam Maahad Al-Ummah.
JANGKA MASA PERKHEMAHAN
Perkhemahan ini akan diadakan pada :
Tarikh : 29 - 31 Mei 2015
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Tempat : Kem Rimba Pangkor
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tn. Haji Haris bin Wagiman
Pengerusi : Tn. Haji Suhaimi bin Latip
Naib Pengerusi 1 : Tn. Haji Abdul Azizi bin Musa
Naib Pengerusi 2 : Tn. Haji Khairunnaim bin Abdul Samat
Naib Pengerusi 3 : En. Mohd Hafez bin Ardhi
Setiausaha : En. Hawari bin Wanik
Bendahari : Pn. Munarizan binti Muin
JAWATANKUASA KERJA
Kem Komander
: En. Ishak bin Zainal Abidin
: Pn. Nik Norhasliza bin Nik Mohamad
Penginapan/Pengangkutan
: En. Hawari bin Wanik
: Pn. Munarizan binti Muin
Peralatan
: En. Fakhruddin bin Kamaruzailan
: Pn. Rosmawati binti Ramli
Keselamatan
: En. Shariffudin bin Mat Yunus
: Cik Nor Nadiah binti Nasir
Sijil / Hadiah
: Cik Nor Nadiah binti Nasir
: Cik Nor Nadiah binti Nasir
Aktiviti dan Riadah
: En. Hawari bin Wanik
: En. Hawari bin Wanik
: Pn. Munarizan binti Muin
MAKLUMAT KEWANGAN
PENDAPATAN
|
JUMLAH
| |
YURAN PELAJAR
|
RM 50.00 X 48 ORANG
|
RM 2400.00
|
YURAN GURU
|
RM 70.00 X 8 ORANG
|
RM 560.00
|
SUMBANGAN PIBG
|
RM 1000.00
|
RM 1000.00
|
SUMBANGAN AZHARIAH
|
RM 1000.00
|
RM 1000.00
|
BK ASRAMA
|
RM 1000.00
|
RM 1000.00
|
BKK KOKURIKULUM
|
RM 2000.00
|
RM 2000.00
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
RM 7960.00
|
PERBELANJAAN
|
JUMLAH
| |
PENGANGKUTAN
|
RM 1000.00 PERGI-BALIK
|
RM 1000.00
|
PENGINAPAN
|
RM 70.00 X 2 X 48 ORANG PESERTA (DORM)
|
RM 5760.00
|
MAKAN/MINUM
| ||
PENGINAPAN
|
RM 100 X 2 X 2 CHALET
|
RM 400.00
|
MAKAN/MINUM
| ||
HADIAH
|
Lampiran
|
RM 170.00
|
BAHAN MEMASAK
|
Lampiran
|
RM 530.00
|
KONTIGENSI
|
RM 100.00
| |
JUMLAH KESELURUHAN
|
RM 7960.00
|
PERINCIAN PERBELANJAAN
BIL.
|
PERKARA
|
KOS
|
JUMLAH
|
1.
|
Hadiah
1. Pertandingan memasak
2. Pertandingan kawasan perkhemahan
3. Pertandingan kawad kaki
4. Peserta terbaik ( Lelaki )
( Perempuan )
5. Kumpulan terbaik keseluruhan
|
RM 15 .00 X 2
RM 15 .00 X 2
RM 15 .00 X 2
RM 20.00 X 1
RM 20.00 X 1
RM 40.00 X 1
|
RM 30.00
RM 30.00
RM 30.00
RM 20.00
RM 20.00
RM 40.00
|
2.
|
Bahan untuk memasak
1. Ayam
2. Telur
3. Sardin
4. Beras
5. Roti
6. Sayur
|
RM 15.00 X 15
RM 10.00 X 5
RM 5.00 X 15
RM 25.00 X 2
RM 5.00 X 20
|
RM 225.00
RM 50.00
RM 75.00
RM 50.00
RM 100.00
RM 30.00
|
Jumlah
|
RM 700.00
|
JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM UNIT BERUNIFORM
MAAHAD AL-UMMAH
HARI JUMAAT (29 MEI 2015)
02.00 petang : Berkumpul di perkarangan sekolah
02.30 petang : Bertolak ke Marina Bay
05.30 petang : Tiba di Kem Rimba Pangkor
Solat Asar Berjemaah
Taklimat perkhemahan
Pengurusan diri
Solat Asar Berjemaah
Taklimat perkhemahan
Pengurusan diri
06.30 petang : Makan malam
07.15 malam : Solat Jama’ Magrib dan Isyak
Tazirah 1
08.00 malam : Pembahagian Kumpulan
SLOT 1
11.00 malam : Tidur
HARI SABTU (30 MEI 2015)
05.00 pagi : Bangun dan mandi
Solat Subuh
Tazkirah 2
07.00 pagi : Sarapan Pagi
SLOT 2 : Pemasangan Khemah
SLOT 2 : Pemasangan Khemah
09.30 pagi : Pemeriksaan khemah dan kawasan
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : SLOT 3 : Kawad Kaki
11.30 pagi : Pemantapan Kawad Kaki
12.00 tgh : Memasak makan tengah hari dan pertandingan memasak
Penilaian
Makan tengah hari
01.00 petang : Solat Jama’ Zohor dan Asar
02.00 petang : SLOT 4 : Ikatan
03.30 petang : Penilaian Ikatan
05.00 petang : Makan petang
05.30 petang : Riadah
Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan
Pengurusan diri
06.30 petang : Makan malam
07.15 malam : Solat Jama’ Maghrib dab Isyak
Tazkirah 3
08.00 malam : SLOT 4 : Bantu Kecemasan
10.00 malam : Penilaian
11.00 malam : Tidur
HARI AHAD (31 MEI 2015)
05.00 pagi : Bangun dan mandi
Solat Subuh
Tazkirah 4
07.00 pagi : Sarapan Pagi
SLOT 5
10.30 pagi : Makan pagi
11.00 pagi : Sesi perasmian penutup
Penilaian
Penyampaian hadiah
12.00 tgh : Makan tengahari
Solat Jama’ Zohor dan Asar
Berkumpul
02.00 petang : Bertolak ke Marina Bay
03.00 petang : Bertolak ke Maahad Al-Ummah
05.30 petang : Tiba di Maahad Al-Ummah
Pulang ke destinasi bersama waris
PENUTUP
Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan disiplin yang kuat.
Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Disediakan oleh :
..........................
(HAWARI BIN WANIK)
Setiausaha
Perkhemahan Bersepadu Ko Kurikulum
Disemak oleh :
..........................
(SUHAIMI BIN LATIP)
Penolong Kanan Kokurikulum
Maahad Al-Ummah
Disahkan oleh :
............................
(HARIS BIN WAGIMAN)
Pengetua
Maahad Al-Ummah
IKRAR PERKHEMAHAN
Kami
Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform
Maahad Al-Ummah
Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar
Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh
Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan penuh semangat
Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara kami
Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi
Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab
Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran dan ujian
Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini
Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi
Dan kamilah
Pendukung cita-cita bangsa dan negara.
PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN
INDIVIDU
1. Uniform KRS / puteri islam
2. Pakaian sembahyang / sejadah
3. Pakaian sukan
4. Kasut Sukan
5. Lampu suluh
6. Tuala
7. Selipar
8. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi
9. Pakaian untuk 3 hari
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu