Tahun 2015, Unit Kokurikulum Maahad Al-Ummah telah membuat perubahan berkaitan dengan Unit Badan Beruniform. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, dimana Maahad Al-Ummah telah mempelbagaikan Unit Badan Beruniform untuk pelajar seperti Kadet Remaja Sekolah, Briged Bakti, Kadet Polis DiRaja Malaysia untuk pelajar lelaki, manakala Briged Bakti dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) untuk pelajar perempuan. Namun, tahun ini pelajar lelaki diwajibkan kesemuanya terlibat hanya pada Kadet Remaja Sekolah dan pelajar perempuan hanya melibatkan diri dalam Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) sahaja. Bagi pelajar lelaki, mereka dipecahkan mengikut platun, manakala pelajar perempuan di asingkan mengikut tingkatan. Aktiviti sedemikian amat menyeronokkan dan mendapat kerjasama yang padu dari kalangan guru-guru mahupun pelajar.
Bagi PPIM tingkatan dua, guru-guru penasihat yang terlibat dalam mengendalikan segala urusan PPIM tingkatan dua ialah :
- Puan Munarizan binti Muin
- Puan Mazni binti Abdul Kadir
- Puan Nik Norhasliza binti Nik Mohamad
- Puan Maisarah binti Jahini
- Puan Mardhiyah binti Rahim
- Cik Noor Nadiah binti Mohd Nasir
- Puan Najlaa Shazana binti Mohamad